Monday, July 01, 2013

Premium Cornflakes sedap!

Salam semua,

Lama dah aku tak update blog ni. Maklum la, busy dengan segala benda. :) Entri kali ini, aku nak share dengan korang semua tentang makanan atau biskut kegemaran aku sekeluarga, iaitu biskut cornflakes! Anda mungkin pernah dengar nama biskut cornflakes ni, dan mungkin juga pernah rasa dan buat. Tapi, biskut cornflakes ni ada pelbagai bentuk, warna dan rasa.

Setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, keluarga aku especially mak dan adik aku pasti sibuk buat biskut cornflakes ni. Bukan untuk kami makan sendiri, tapi juga untuk order dari orang ramai. Haa, so serba sikit aku nak promo lah biskut cornflakes resepi khas mak aku ni. Aku panggil dia, Premium Cornflakes.

Sunday, September 16, 2012

Bismillah.. Satu Langkah Ke Hadapan

As-salam & Salam 1Malaysia!

Lama betul tak update blog ni kan. Kepada pengunjung yang singgah-singgah kat blog ni, terima kasih banyak di ucapkan. Saya akan cuba teruskan usaha untuk berkongsi info-info yang menarik tentang apa sahaja kat korang semua.

Saya nak bagi tahu kepada followers & pengunjung blog ni, yang saya & isteri telah pun memulakan syarikat kami sendiri, iaitu Azmizan Marketing. Syarikat ni berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). So, senang la nak menjalankan urusniaga jual beli.

Wednesday, May 23, 2012

Rabu Tanpa Kata - Raksasa

(Lebih dikenali sebagai Wordless Wednesday..)


Saturday, May 12, 2012

Super Awesome Surprise!

Hari ni, 12 Mei 2012, aku bagi cuti kat semua orang. Kenapa? Sebab ianya hari Sabtu! Hehe..
Ape sebenarnye yang ade pada 12 Mei ni? Setiap tahun memang 12 Mei sangat meriah. Sebabnya? Ianya adalah hari kelahiran aku! Haha..




Ok, untuk tahun ni, my super-duper-fantastic wife buat surprise, yang aku tak dapat jangkakan! Dah 3 tahun berturut-turut tak dapat teka dengan tepat. Memang awesome sungguh Puan Isteri yang tercinta ni punya plan. Hehe.. Tahun lepas, buat surprise kat RedBox Sunway.. Tahun nie, bertambah terkujat (aka terkejut) aku dibuatnya.

Monday, October 24, 2011

Real View Dari Seorang Pemandu F1!

Salam 1Malaysia!


Korang semua sihat? Untuk fans Man Utd, mesti la tak berapa sihat kan. Mana tak nye, kena belasah dek Man City semalam. Huhu. Sorry, aku pun die-hard fans Man Utd jugak. Tapi tak per lah, adat permainan. Yang hebat, pasti menang. Dan yang kalah, bukan lah kalah selamanya, kan? :) Ok, kali ni bukan nak story pasal Man Utd (sebab kalau story, tak kan habis punye. hehe), tapi nak share sikit dengan korang semua, pengalaman yang belum pernah antara kita semua rasa. Pernah ke korang rasa pandangan sebenar bila memandu sebuah kereta F1?