Tuesday, September 27, 2011

Persepsi - Satu perkataan, beribu kesan

Salam 1Malaysia semua!


Di kala tengahari ni, tak tau nak buat apa dekat rumah, jadi marilah kita bincang sikit tentang satu perkataan ni, persepsi. Dalam bahasa Inggeris nya, ia dikenali sebagai perception. Pendek jer perkataan tue, namun kesan apabila ianya digunakan, amatlah mendalam. Malah, ia boleh membawa satu kehancuran apabila persepsi itu sendiri digunakan sebagai perkara rasmi...

[Promo] Melihat Pemandangan Bandar KL Dari Udara

Salam 1Malaysia!




Pernahkah anda semua terasa ingin melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari udara? Bak kata Mat Saleh, "bird's eye view". Mungkin, kalau kita naik kapal terbang, hanya dapat melihat kawasan sekitar lapangan terbang jer sebab ia akan terus memecut ke langit. Jadi, kalau ada siapa-siapa yang teringin melihat sendiri keindahan bandar KL dari udara menaiki helikoter, boleh lah ambil peluang terbaik ni!

Friday, September 23, 2011

Jawatan Paling Panas Syarikat Swasta

Salam 1Malaysia!


Hari ni aku start kerja untuk minggu ni lepas hari terakhir kerja pada hari Isnin. :) Biasa la, bila dah cuti lama, kelam-kabut lah jugak nak pastikan semuanya ok, terutama sekali e-mail. So, baca lah apa-apa yang patut yang berkaitan dengan kerja harian. Baca punya baca, terserempak lah dengan satu e-mail ni bertajuk, "CEO Message - Meg & Ray". Lebih kurang gitu lah bunyi tajuk e-mail tue. Owh sebelum tue, sekadar nak bagitahu, aku ni kerja kat company MNC (multi-national company), iaitu HP. So, cerita kali ni, berkaitan dengan CEO syarikat aku...

Thursday, September 22, 2011

[Permotoran] Kia Extended Warranty

Salam 1Malaysia semua.




Kali ini aku nak cerita sikit tentang warranti tambahan bagi pemilik kenderaan keluaran Korea, iaitu Kia atau dikenali sebagai Naza Kia di Malaysia. Serba sedikit tentang kereta Kia. Syarikat Kia ini dikenali sebagai Kia Motors yang telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1944. Kia Motors adalah syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar di Korea Selatan di belakang syarikat Hyundai Motor. Kia Motors telah di isytihar muflis atau "bankcrupt" pada tahun 1997 di mana kegawatan ekonomi melanda seluruh dunia. Pada tahun 1998, bagi menyelamatkan syarikat Kia ini, syarikat Hyundai Motor telah membeli 51% saham Kia dan Hyundai masih menjadi pemegang saham kedua terbesar Kia dengan sebanyak 48%. Dengan usahasama ini, Kia Motors secara tak langsung dapat meluaskan lagi pasaran kenderaannya sambil dapat berkongsi teknologi yang ada pada Hyundai. Mungkin ramai yang tak tahu apakah maksud perkataan "Kia" itu. Ia bukanlah nama founder syarikat ini...

Wednesday, September 14, 2011

Safee Sali di Cardiff City FC!

Bagi peminat-peminat sukan bola sepak tanahair, nama Safee Sali sudah menjadi bualan harian kita. Mungkin, ada segelintir dari rakyat Malaysia yang masih belum tahu apakah perkembangan terbaru penyerang sensasi negara ini.


Safee Sali (atau nama sebenar beliau, Mohd Safee bin Mohd Sali), yang dilahirkan pada 29 Januari 1984, adalah bekas pemain negeri Selangor. 

[Permotoran] Baharui Insurans Kenderaan Anda Dengan Takaful Malaysia

As-salam & Salam 1Malaysia,

Kali ni, nak cerita sedikit tentang insurans kenderaan bermotor, terutama sekali untuk kereta. Kereta pertama aku, pada tahun pertama, menggunakan insurans dari CIMB Aviva. Insurans CIMB Aviva ni, ok la. Tak dapat nak komen banyak sebab tak pernah ada masalah. Lagipun, tu insurans yang di ambil oleh dealer kereta aku sendiri. 




Bila genap setahun, nak re-new insurans, aku call CIMB Aviva, tapi pihak CIMB cakap, insurans motor CIMB Aviva dah tak wujud. Hanya tinggal insurans diri & lain-lain. Hmm, tak per lah. Mungkin insurans CIMB Aviva ni, kurang mendapat sambutan...

Thursday, September 08, 2011

Budak Malaysia!

Saya budak Malaysia aka Malaysian Boy! :)

Sementara menanti entri terbaru, apa kata kita layan video ni dulu. Tajuk lagu, Malaysian Boy nyanyian Malaysian Artists (Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac).

#SayaSukaMalaysia!

Saya anak Malaysia!


"Tanah Tumpahnya Darahku"

Sebagai anak Malaysia, kita perlu bangga dengan negara kita sendiri. "Jangan di tanya apakah jasa negara kepada kita. Tetapi, tanyalah diri kita, apakah jasa yang telah kita berikan kepada negara tercinta!" Saya suka dengan ungkapan tersebut.


Revolusi Dunia Media Blogger!

ChurpChurp!


Logo credit to www.churpchurp.com

Anda pernah dengar apa itu #ChurpChurp? Mungkin bagi rakan-rakan blogger, mereka sudah lama mengetahuinya.