Salam 1Malaysia!
Hari ni aku start kerja untuk minggu ni lepas hari terakhir kerja pada hari Isnin. :) Biasa la, bila dah cuti lama, kelam-kabut lah jugak nak pastikan semuanya ok, terutama sekali e-mail. So, baca lah apa-apa yang patut yang berkaitan dengan kerja harian. Baca punya baca, terserempak lah dengan satu e-mail ni bertajuk, "CEO Message - Meg & Ray". Lebih kurang gitu lah bunyi tajuk e-mail tue. Owh sebelum tue, sekadar nak bagitahu, aku ni kerja kat company MNC (multi-national company), iaitu HP. So, cerita kali ni, berkaitan dengan CEO syarikat aku...
Rasanya, CEO Mr. Leo Apotheker, baru jer duduk di kerusi panas tu. Tak sampai setahun, dapat e-mail mengatakan yang beliau telah meletakkan jawatan bagi kesemua jawatan beliau dalam HP. Ada 3 jawatan dia! CEO, Pengerusi (Chairman) dan juga salah satu jawatan Director yang dipegang. Hhmmm, banyak betul jawatan dia. Itu lah yang aku nama kan, kerusi panas. Leo Apotheker ni dulu nya CEO kepada salah satu syarikat besar jugak di US, iaitu SAP AG (System Analysis and Program Development), syarikat yang berasal dari German. Leo menjadi CEO di SAP sejak April 2008 sehinggalah Februari 2010 sebelum beliau dilantik sebagai CEO HP pada September 2010.
Namun, beliau hanya mula bekerja di HP bermula Mac 2011. Tapi, dengan tiba-tiba dapat berita yang mengatakan beliau dah meletakkan jawatan serta-merta. Terperanjat pun ada jugak. Company besar, tapi CEO hanya bertahan tak sampai setahun? Hmm, mungkin ada gosip-gosip panas yang aku tak dengar, tue yang agak terperanjat. Setelah membaca mengenai berita mengejut ni, baru lah tau mengapa Leo meletakkan jawatan. Walaupun "direction" syarikat yang telah ditetapkan oleh Leo jelas, namun sehingga suku ke-3 tahun 2011 ni, saham HP telah jatuh lebih 50% semenjak Leo mengambil alih. Haa, dasyat jugak tu.
Melihat kan tiada tanda-tanda untuk HP kembali mengukuhkan kedudukan syarikat, pihak Board of Directors telah membuat keputusan untuk menggantikan Leo dengan CEO yang baru. Beliau merupakan seorang wanita! Wow, kerusi panas syarikat ternama US, sekarang diduduki oleh seorang wanita! Tahniah dan selamat datang di ucapkan! :) Beliau adalah Meg Whitman, bekas CEO eBay Inc. Walaupun keputusan ini dilihat sebagai bukan pilihan yang tepat oleh sesetengah penganalisa di US, namun kewibawaan beliau membawa eBay, dari hanya sebuah syarikat kecil yang mempunyai kurang dari 100 pekerja, menjadi salah sebuah syarikat terbesar di dunia yang menyediakan perkhidmatan retail Internet! Mungkin, itu lah yang diharapkan oleh pihak BoD HP agar Meg dapat membawa semula HP kepada landasan yang betul dan seterusnya mengekalkan HP sebagai salah sebuah syarikat IT terbesar di dunia! Way to go Meg! :)
Marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Datang kepada Meg Whitman sebagai CEO baru HP! Kami pekerja, sentiasa mendoakan yang terbaik dan sama-sama berusaha menaikkan status syarikat. (Pstt, bonus dan increment tahun ni, bagi la banyak sikit... Hehe)
notatangan: Kan seronok kalau setiap kali berhenti kerja, di bayar jutaan ringgit, di mana ia merupakan "compensation fees" yang company bagi. :)
0 prihatin:
Post a Comment