
Pernahkah anda semua terasa ingin melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari udara? Bak kata Mat Saleh, "bird's eye view". Mungkin, kalau kita naik kapal terbang, hanya dapat melihat kawasan sekitar lapangan terbang jer sebab ia akan terus memecut ke langit. Jadi, kalau ada siapa-siapa yang teringin melihat sendiri keindahan bandar KL dari udara menaiki helikoter, boleh lah ambil peluang terbaik ni!
Sebuah syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan penghantaran udara, Oxysky, telah mengambil inisiatif untuk menawarkan diskaun sebanyak 35% hingga 40% kepada sesiapa yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat lagi bandar KL (terutama sekali bangunan-bangunan cantik seperti Menara KL dan Menara Berkembar KLCC) dari udara dengan menaiki helikopter. Antara perkara menarik yang akan anda dapat adalah seperti:
- 30 minit masa penerbangan di udara
- penerbangan setinggi 1,500 kaki di udara bagi melihat sekitar bandar KL
- perlindungan insurans semasa penerbangan
- sijil penyertaan
Jangan risau, juruterbang/pilot yang disediakan adalah cukup berpengalaman dalam mengendalikan helikopter dan sebelum memulakan penerbangan, syarikat Oxysky akan membuat sedikit taklimat keselamatan dan prosuder yang perlu anda patuhi. Anda juga akan di beri peluang untuk sama-sama membuat pemeriksaan helikopter tersebut sambil di beri sedikit penerangan tentang keadaan helikopter tersebut.
Sedikit peringatan dari pihak Oxysky kepada yang berminat, anda dinasihatkan supaya tidak membiarkan perut anda kosong semasa penerbangan. Dengan kata lain, anda perlu makan terlebih dahulu bagi mengelakkan pening semasa penerbangan. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan pula, terutama sekali masalah jantung, anda dinasihatkan supaya menghubungi pihak Oxysky terlebih dahulu sebelum membeli voucher ini.
Tawaran ini boleh didapati di laman web Groupon Malaysia (klik sini untuk membeli, Helicopter Tour). Ianya sah dari 8 Oktober 2011 sehingga 1 Januari 2012. Pihak Oxysky memerlukan anda membuat tempahan tarikh penerbangan, sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh tersebut. Anda juga digalakkan untuk memilih hari minggu (Sabtu & Ahad) kerana pada hari tersebut, laluan trafik udara agak kurang berbanding hari biasa, Isnin hingga Jumaat. Sebelum terlupa, harga satu tiket penerbangan ini adalah RM 488 dan setiap satu tiket, hanya sah untuk seorang. Harga asal sebelum diskaun adalah RM 750! Bagi penerbangan berkumpulan (maksima 3 orang), tawaran sehingga 40% diberikan.
Bagi yang berminat, sila layari laman web Groupon Malaysia (atau klik di sini, http://www.groupsmore.com/cities/kuala-lumpur/deals/oxysky-club--2). Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Oxysky di talian, 03-5569 9500 atau 016-857 5928 (Mohd Jefferani). Laman web rasmi Oxysky, http://www.oxyskygroup.com.
Jom kita ramai-ramai merasai pengalaman sekali seumur hidup ini! :)
notatangan: bestnya kalau hari-hari pergi kerja naik helikopter, mesti tak kena traffic jam.





0 prihatin:
Post a Comment