Thursday, September 22, 2011

[Permotoran] Kia Extended Warranty

Salam 1Malaysia semua.




Kali ini aku nak cerita sikit tentang warranti tambahan bagi pemilik kenderaan keluaran Korea, iaitu Kia atau dikenali sebagai Naza Kia di Malaysia. Serba sedikit tentang kereta Kia. Syarikat Kia ini dikenali sebagai Kia Motors yang telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1944. Kia Motors adalah syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar di Korea Selatan di belakang syarikat Hyundai Motor. Kia Motors telah di isytihar muflis atau "bankcrupt" pada tahun 1997 di mana kegawatan ekonomi melanda seluruh dunia. Pada tahun 1998, bagi menyelamatkan syarikat Kia ini, syarikat Hyundai Motor telah membeli 51% saham Kia dan Hyundai masih menjadi pemegang saham kedua terbesar Kia dengan sebanyak 48%. Dengan usahasama ini, Kia Motors secara tak langsung dapat meluaskan lagi pasaran kenderaannya sambil dapat berkongsi teknologi yang ada pada Hyundai. Mungkin ramai yang tak tahu apakah maksud perkataan "Kia" itu. Ia bukanlah nama founder syarikat ini...
Perkataan "Kia" ini berasal dari perkaatan Sino-Korean, di mana "Ki" bermaksud "to come out" dan ditambah dengan huruf "a", yang membawa maksud Asia. Jadi, keseluruhan perkaatan "Kia" itu di terjamahkan sebagai "arising out of Asia" atau membangun keluar dari Asia. Kata-kata semangat ini merupakan pendorong bagi syarikat Kia Motors untuk terus bersaing dengan negara pengeluar kenderaan terbesar di Asia, yang juga jiran kepada negara Korea Selatan sendiri, iaitu Jepun. 


Ok, cukup serba sedikit untuk latar belakang syarikat Kia Motors ni. Apa yang nak diceritakan hari ni adalah Extended Warranty atau Warranti Tambahan bagi pemilik kenderaan Naza Kia ini. Sebelum ini, pemilik kenderaan Kia hanya mendapat 2 tahun warranti atau 50,000km pertama. Tapi, pada penghujung Ogos yang lalu, aku dapat surat dari Kia Motors yang mengatakan bahawa warranti asal kereta Kia Forte aku telah di "upgrade" kepada Extended Warranty di mana sekarang ini, warranti tersebut adalah bagi 5 tahun pertama. Dan yang paling best, "unlimited mileage"! Bermakna, warranti adalah sah bagi 5 tahun tanpa sebarang had mileage.


Forte ku dapat nyawa extra... :)
Terima kasih Naza Kia & Kia Motors! :)


Sebelum ini, pihak Kia Motors ada jugak sediakan Extended Warranty ni. Tapi perlu bayar RM 600 bagi mendapat lagi tambahan 3 tahun warranti atau tambahan 75,000km pertama (sumber: Kia Extended Warranties). Proses dia agak rumit jugak sebab perlu isi borang semua. So, aku kira bernasib baik lah sebab tak perlu bayar RM 600, dah dapat Extended Warranty percuma! Terima kasih Naza Kia dan Kia Motors! :) 


Autobot ku... :)


notatangan: Sedih tapi bersemangat! :)

0 prihatin: