Tuesday, September 27, 2011

Persepsi - Satu perkataan, beribu kesan

Salam 1Malaysia semua!


Di kala tengahari ni, tak tau nak buat apa dekat rumah, jadi marilah kita bincang sikit tentang satu perkataan ni, persepsi. Dalam bahasa Inggeris nya, ia dikenali sebagai perception. Pendek jer perkataan tue, namun kesan apabila ianya digunakan, amatlah mendalam. Malah, ia boleh membawa satu kehancuran apabila persepsi itu sendiri digunakan sebagai perkara rasmi...

Mari kita lihat, apakah maksud persepsi dalam Kamus Dewan (Edisi Empat).
Persepsi - Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan.
Maksud itu jelas menunjukkan bahawa, persepsi bukanlah sesuatu yang boleh di ambil kira sebagai keputusan terakhir atau rasmi. Mengapa aku cakap macam tue? Sebabnya, persepsi ni datang nya dari dalam hati atau fikiran kita sendiri. Maka, apa yang diperkatakan tentang sesuatu itu, tanpa mengetahui perkara sebenar, boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak benar. 


Pada zaman yang serba canggih sekarang nie, manusia sepatutnya menjadi lebih bijak dan cerdik dalam membuat keputusan. Tapi sayangnya, tampak seakan teknologi canggih yang dicipta oleh manusia sendiri, adalah lebih bijak dari penciptanya. Manusia sekarang lebih cenderung kepada mempercayai sesuatu perkara yang hanya datang dari persepsi seseorang. Dalam peribahasa Inggeris ada pepatah nie, "Don't judge a book by its cover", atau jangan menilai sesuatu dari luarannya. Jelas lagi terang maksud tue. (Mungkin ada segelintir yang tak faham bahasa Inggeris, tue yang mudah percaya pada persepsi.. :) ) 


Sebenarnya, entri kali ni ditulis selepas melihat dan membaca perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kehidupan aku. Malah, ada rakan yang terdekat juga terlibat sama. Ada jugak yang apabila di tanya, "kenapa dengan mudah percaya kepada gambar tue?", menjawab "picture speaks louder than word"! Haha. Tergelak guling-guling macam tenggiling jugak lah aku membacanya. Rasanya, dalam kehidupan harian kita, kita seringkali terserempak dengan orang yang berpakaian biasa dan kadang-kadang selekeh. Tapi kita sendiri mengingatkan diri kita bahawa, "entah-entah, dia orang kaya, bawa kereta BMW ke, Mercedes ke...". Pandai pun ingatkan diri sendiri. Tapi bila muncul sekeping gambar yang di forward oleh seseorang, senang sungguh kita terus mempercayai nya. Kalau percaya jer tak per. Nie siap forward dekat kawan-kawan yang lain dan terus memanjangkan cerita hanya dari sekeping gambar tue. Hmm, nak kata sekolah sampai darjah 6, rasanya tak sebab sekurang-kurangnya, sampai SPM.


Kadang-kadang kesian dengan orang-orang yang macam ni. Educated, tapi pemikiran sempit. (Macam mane lah kau boleh graduate dengan pemikiran yang sesempit tue...) Kita kena ingat, semua orang yang hidup di dunia nie, semua ada kepentingan masing-masing. Tapi kepentingan tu berbeza-beza ikut kehendak mereka. Kau kerja sebab apa? Sebab suka-suka ker? Of course sebab nak duit kan. So, tue lah kepentingan kau kerja dengan syarikat tue. Mudah kan? Jangan cakap kita hidup nie hanya pentingkan akhirat jer. Tipu semua tue. Aku cuba nak sampai kan perkara nie kepada kawan-kawan, tapi percayalah. Ramai yang akan melenting balik. (Biasa lah, emosi adalah segala-galanya dalam hidup mereka. Hehe...) 


Sekadar nasihat, bila kita dapat sesuatu maklumat/gambar atau apa-apa jer lah, dari seseorang atau dari sumber BUKAN rasmi, jangan lah kita terus percaya dan jangan lah kita terus sebarkannya. (Dosa kering tu kalau kita sebarkan perkara yang tak betul. Huhu...) Kita cuba sedaya mana yang kita mampu, untuk mencari kesahihan maklumat tue. Cuba cari dalam Internet, buku-buku atau telefon terus jika maklumat itu berkaitan dengan sesebuah syarikat atau individu. Kalau mereka tipu, biarlah. Mereka yang dapat dosa. Aku dah melalui macam-macam. Banyak maklumat buruk yang disebarkan. Tapi, aku cuba pastikan ianya betul atau salah. Alhamdulillah, semua maklumat tue, aku berjaya buktikan yang ianya palsu belaka. So, selamat dari dosa kering. Cuba yer kawan-kawan. :)




notatangan: Kau cakap kau bijak, tapi tingkah-laku & perbuatan kau, sikit pun tak nampak kebijaksanaan kau. Kesian kan... :p

0 prihatin: