Monday, October 24, 2011

Real View Dari Seorang Pemandu F1!

Salam 1Malaysia!


Korang semua sihat? Untuk fans Man Utd, mesti la tak berapa sihat kan. Mana tak nye, kena belasah dek Man City semalam. Huhu. Sorry, aku pun die-hard fans Man Utd jugak. Tapi tak per lah, adat permainan. Yang hebat, pasti menang. Dan yang kalah, bukan lah kalah selamanya, kan? :) Ok, kali ni bukan nak story pasal Man Utd (sebab kalau story, tak kan habis punye. hehe), tapi nak share sikit dengan korang semua, pengalaman yang belum pernah antara kita semua rasa. Pernah ke korang rasa pandangan sebenar bila memandu sebuah kereta F1?

Thursday, October 20, 2011

Remove Blog Title Anda Pada Tajuk Post

Hello Bloggers dan Readers!


Hari ni, aku tiba-tiba terasa nak tweak sikit blog aku. Nak bagi menarik lah konon-konon nye. Hehe. Walaupun dah lama terlibat dengan Blogger ni, tapi masih banyak lagi yang aku tak tau. Aku baru jer tau macam mana remove Blog Title, pada tajuk Post. Huhu. So, kali ni aku nak share (pada yang tak tahu) cara-cara nak remove Blog Title tu.

Wednesday, October 19, 2011

Peluang Lepak & Menonton Bola Sepak EPL Bersama Perdana Menteri Malaysia!

Salam 1Malaysia bloggers!




Ni adalah entri excited! Hehe. Tengah sibuk study untuk exam Cisco esok, tiba-tiba terbaca Twitter Perdana Menteri kita, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak). Beliau menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menonton perlawanan bola sepak English Premier League (EPL) antara Manchester United menentang Manchester City pada hari Ahad ini! Wowieee... Tak pernah dapat peluang sebegini! Yang buatkan lagi excited, DS Najib sendiri adalah peminat setia Man Utd dan aku jugak peminat setia Man Utd! Cayalah Dato' Seri! Tak sabar nie nak tengok sama-sama dengan DS hari Ahad nanti. Majlis ini dinamakan "Mari Berjumpa, Mari Berhubung: Sunday Night Football @ Seri Perdana".

Sunday, October 09, 2011

[New!] Apple iPhone 4S - The Most Amazing iPhone Yet!

Salam 1Malaysia!


Antara ciri-ciri yang terdapat pada iPhone 4S.


Lame sungguh tak post kat blogger nie! (Padahal, 3 hari jer pun...) Wahh, lame nye... Hehe. Bukan apa, biasa la, busy sikit walaupun hari minggu. Post ni pun sebenarnya dah lama di simpan, cuma tak berkesempatan jer nak publish. Apa-apa pun, kali ni jom kite cerita sikit pasal produk keluaran terbaru Apple, iPhone 4S yang ditunggu-tunggu ramai! Seperti entri aku pada 3 Oktober yang lalu (iPhone 5 atau iPhone 4S?), 4 Oktober adalah hari yang dinanti-nantikan bagi peminat-peminat iPhone ni di mana Apple telah mengumumkan iPhone nya yang terbaru, iaitu iPhone 4S. Maka, dengan itu, tekaan dan jangkaan dan ramalan aku untuk melihat Apple mengeluarkan iPhone 5, tak kesampaian... Apa-apa pun, jom kita bace selanjutnya tentang iPhone 4S ni...

Thursday, October 06, 2011

Ucapan Memperingati Steve Jobs Dari Rakan-Rakan

Salam 1Malaysia,


Rasanya macam, seluruh dunia teknologi merasai kehilangan Steve Jobs akibat dari penyakit kanser pankreas nya. Ikuti beberapa ucapan dari rakan-rakan se-industri dan juga antara pemimpin ternama dunia. 

1955 - 2011: Steve Jobs Dalam Kenangan

Salam 1Malaysia...


[Source: www.apple.com]


Terasa kehilangan. Tu yang dapat aku gambarkan buat masa ni. Yup, walaupun bukan keluarga terdekat mahupun saudara, tapi kematian Steve Jobs, bekas CEO Apple (baca entri terdahulu tentang Jobs di sini) yang berusia 56 tahun, merupakan satu kehilangan besar buat dunia teknologi. Steve Jobs bukan sahaja seorang CEO dan Chairman, malah beliau adalah merupakan seorang inventor yang genius...

Tuesday, October 04, 2011

Gambar Terbaru Bekas CEO Apple, Steve Jobs

Salam 1Malaysia semua...


Bekas CEO Apple, Steve Jobs
Entri kali ni nak bagi tribute atau penghargaan sikit pada bekas CEO syarikat Apple Inc., iaitu Steven Paul Jobs, atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs. Untuk pengetahuan, Steve Jobs dah letakkan jawatan CEO nya pada 24 Ogos 2011 dan mengambil alih sebagai Pengerusi atau Chairman Board of Directors Apple Inc. Jawatan CEO telah diambil alih oleh orang kanan Jobs, iaitu bekas Ketua Pegawai Pengurusan atau Chief Operating Officer (COO), Tim Cook...

Monday, October 03, 2011

4 Oktober 2011 - iPhone 5 atau iPhone 4S?

Salam 1Malaysia peeps...




Esok, 4 Oktober 2011, adalah hari yang dinanti-nantikan! Tapi, bukan semua orang lah yang tunggu tarikh tue. Untuk Apple Fanboy atau Kipas-Susah-Mati barangan keluaran Apple, tarikh tersebut telah lama dinantikan kerana syarikat terulung Amerika Syarikat itu akan mengumumkan produk telefon serba canggih nya yang terbaru, iaitu iPhone 5! Walaupun ramai yang berpendapat bahawa, iPhone yang akan diumumkan itu, akan diberi nama iPhone 5, tetapi ada segelintir penganalisa mengatakan bahawa iPhone tersebut tidak akan dinamakan dengan nama iPhone 5. Sebaliknya, ia akan dinamakan iPhone 4s.