![]() |
| [Source: www.apple.com] |
Terasa kehilangan. Tu yang dapat aku gambarkan buat masa ni. Yup, walaupun bukan keluarga terdekat mahupun saudara, tapi kematian Steve Jobs, bekas CEO Apple (baca entri terdahulu tentang Jobs di sini) yang berusia 56 tahun, merupakan satu kehilangan besar buat dunia teknologi. Steve Jobs bukan sahaja seorang CEO dan Chairman, malah beliau adalah merupakan seorang inventor yang genius...
![]() |
| Memperingati Steve Jobs dari Apple Inc. [Source: www.apple.com] |
Nak cerita sikit sejarah kehidupan Steve Jobs ni. Beliau dilahirkan pada 24 Februari 1955 hasil dari perkahwinan ayah beliau yang berketurunan Arab Mesir (Egypt) dan ibu beliau yang berasal dari Green Bay, Wisconsin, USA. Jobs telah di jadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri dari California yang bekerja bertaraf kolar biru (blue-collar: kelas pekerja yang mempunyai gaji tetap), dan menamakan beliau sebagai Steven Paul.
Bermulanya kerjaya Jobs dalam bidang perkomputeran nie pada tahun 1976 di mana rakan kolej nya, Steve Wozniak menunjukkan hasil ciptaannya kepada Jobs, iaitu sebuah komputer untuk kegunaan peribadinya. Jobs tertarik dengan ciptaan Wozniak dan mencadangkan agar ianya di jual di pasaran. Memandangkan kedua-dua Jobs dan Wozniak tidak mempunyai modal untuk memasarkan komputer tersebut, namun dengan pemikiran bijak Jobs, mereka telah dapat memasarkan komputer tersebut. Apa yang Jobs buat? Jobs telah menyakinkan sebuah syarikat tempatan untuk membeli 50 buah komputer tersebut dan dalam masa yang sama, beliau membuat perjanjian dengan syarikat eletrikal bagi meminjam barangan elektrik yang digunakan untuk menghasilkan komputer tersebut, bagi tempoh 30 hari! Jadi, apabila mereka telah menjual 50 buah komputer tersebut, mereka dapat bayar sepenuhnya kepada syarikat elektrikal tersebut. Bijak kan?
![]() |
| Steve Wozniak (kiri) dan Steve Jobs (kanan) bersama-sama Apple 1 [Source: www.computerhistory.org] |
Mereka mencipta satu bisnes baru, tanpa seorang pelabur pun! Hebat! Komputer pertama ciptaan mereka telah diberi nama sebagai Apple 1 dan syarikat mereka telah di beri nama, Apple Computers. Tahun berikutnya, 1977, mereka telah mengeluarkan satu lagi komputer peribadi yang lebih canggih, iaitu Apple 2. Selepas 4 tahun dalam dunia perniagaan ni, iaitu pada 1980, mereka berdua telah berjaya menjadi jutawan! Selepas mengecapi kejayaan demi kejayaan, Steve Jobs mula merasai tekanan dalam menjalankan tugas. Pekerja-pekerja nya mengadu tentang cara Jobs bekerja sebagai "Management By Walking Around Frightening Everyone" atau pengurusan yang menakutkan pekerjanya dengan cara melihat setiap pekerjanya bekerja. Selepas mengetahui perkara ini, Jobs menyedari bahawa seseorang yang lebih berpengalaman diperlukan bagi meneruskan kejayaan syarikat dan pada 1983, Jobs telah berjaya menarik President syarikat PepsiCo (syarikat yang jual air minuman Pepsi tue...), John Sculley untuk menjadi CEO Apple Computers. Jobs mengatakan kepada Sculley bahawa, "adakah anda mahu menghabiskan seumur hidup anda hanya dengan menjual air bekarbonat ini kepada kanak-kanak, atau anda mahu menerima peluang untuk mengubah dunia?". Begitu sekali cara pemikiran Jobs...
![]() |
| Steve Jobs (kiri) dan John Sculley (kanan) bersama-sama komputer Macintosh [Source: www.slashgear.com] |
![]() |
| Logo Pixar [Source: www.mylardreams.com] |
| Memoir John Sculley, "Odyssey". [Source: www.ebay.co.au] |
Dalam memoir John Sculley pada 1987, beliau menyatakan bahawa visi Steve Jobs bagi menjadikan Apple Computers sebuah syarikat barangan pengguna berteknologi tinggi, adalah idea gila. Sculley mengatakan bahawa teknologi tinggi tak boleh di reka dan di jual sebagai barangan pengguna. Akibat dari penolakan visi Jobs tue, pada 1997, Apple Computers telah mengalami kerugian yang amat besar, iaitu $736 juta pada suku pertama 1997! Pada tahun 1997, Steve Jobs telah berjaya meyakinkan Apple Computers untuk membeli syarikat beliau Next Computing, dan dalam tempoh setahun, Apple Computers telah berjaya mencipta keuntungan yang besar. Jobs seperti kebiasaan nya, terus mencipta produk-produk berteknologi. Pada 1998, komputer peribadi iMac telah dilancarkan dan pada 2001, Jobs sekali lagi telah mengubah cara manusia mendengar muzik dengan melancarkan iPod, pemain muzik digital yang penuh dengan teknologi terkini pada masa tersebut. Dari situ lah, bermulanya era produk-produk canggih Apple dengan iPhone mula dilancarkan pada 2007. Disusuli pula dengan kemunculan sulung komputer tablet pertama Apple, iaitu iPad pada Januari 2010!
![]() |
| Keluarga iPod (Dari Kiri: iPod Shuffle, Nano, Classic, Touch) |
![]() |
| Keluarga iPhone (Dari Kiri: iPhone 2G, 3G, 3Gs, 4) |
![]() |
| Gambar belakang iPhone (Dari Kiri: iPhone 2G, 3G, 3Gs, 4) |
![]() |
| iPad 1 dan iPad 2 |
![]() |
| Perbandingan ketebalan, iPad 2 (kiri) dan iPad 1 (kanan) |
Tu lah serba sedikit (sikit ape nye, panjang lebar tue...) tentang sejarah diri Steve Jobs yang telah berjaya dalam apa sahaja perniagaan yang beliau ceburi. Jobs bukan seorang yang berpendidikan tinggi. Beliau adalah seorang pelajar "college dropped out" (berhenti kolej sebelum tamat pengajian) hanya selepas 1 semester! Namun, pemikiran dan idea beliau yang jauh kehadapan berbanding manusia lain, telah membawa Jobs mengecapi kejayaan demi kejayaan. Apa-apa pun, setiap yang hidup, pasti mati. Ingatlah, tak kira banyak mana duit dan harta kita sekali pun di dunia nie, tak menjamin yang kita akan hidup sihat! Orang putih cakap, "health is wealth".
Notatangan: Semoga Apple Inc. meneruskan tradisi Jobs sampai bila-bila...










0 prihatin:
Post a Comment