Esok, 4 Oktober 2011, adalah hari yang dinanti-nantikan! Tapi, bukan semua orang lah yang tunggu tarikh tue. Untuk Apple Fanboy atau Kipas-Susah-Mati barangan keluaran Apple, tarikh tersebut telah lama dinantikan kerana syarikat terulung Amerika Syarikat itu akan mengumumkan produk telefon serba canggih nya yang terbaru, iaitu iPhone 5! Walaupun ramai yang berpendapat bahawa, iPhone yang akan diumumkan itu, akan diberi nama iPhone 5, tetapi ada segelintir penganalisa mengatakan bahawa iPhone tersebut tidak akan dinamakan dengan nama iPhone 5. Sebaliknya, ia akan dinamakan iPhone 4s.
![]() |
Ada alasan mengapa Apple keluarkan iPhone 3Gs dan kemudian selepas setahun, baru keluarkan iPhone 4. Reka bentuk fizikal iPhone 3G dan 3Gs adalah sama. Dengan hanya melihat menggunakan mata kasar, kita tidak mungkin dapat membezakan yang mana satu iPhone 3G, dan yang mana satu 3Gs. Apply hanya melakukan penambah-baikan (upgrade) kepada performance handphone tersebut. Terdapat perubahan kepada processor yang digunakan di mana iPhone 3G, hanya menggunakan processor berkelajuan 412 Mhz manakala iPhone 3Gs menggunakan processor berkelajuan 600 Mhz. Jadi, untuk membezakan di antara keduanya, kita perlu menggunakan iPhone tersebut, lihat dan rasai perbezaan performance kedua-duanya.
![]() |
| iPhone 4 |
Untuk iPhone baru yang akan diumumkan esok, rasanya syarikat Apple akan menggunakan nama iPhone 5. Aku bersetuju dengan nama iPhone 5 kerana Apple akan mengeluarkan iPhone yang mempunyai reka bentuk fizikal yang berbeza dari iPhone 4. Maka, amat mustahil jika ianya dinamakan iPhone 4s kerana jika iPhone 4s, reka bentuk fizikalnya tidak akan berubah dan hanya perubahan performance sahaja yang akan dilakukan. Banyak laman web telah mengeluarkan spesifikasi iPhone 5. Namun, aku mengambil langkah untuk tidak bulat-bulat mempercayainya.
Video yang menunjukkan casing belakang iPhone 5
notatangan: Masa berlalu begitu pantas, kejap lagi ada interview. Bye-bye... :)



0 prihatin:
Post a Comment