Tuesday, October 04, 2011

Gambar Terbaru Bekas CEO Apple, Steve Jobs

Salam 1Malaysia semua...


Bekas CEO Apple, Steve Jobs
Entri kali ni nak bagi tribute atau penghargaan sikit pada bekas CEO syarikat Apple Inc., iaitu Steven Paul Jobs, atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs. Untuk pengetahuan, Steve Jobs dah letakkan jawatan CEO nya pada 24 Ogos 2011 dan mengambil alih sebagai Pengerusi atau Chairman Board of Directors Apple Inc. Jawatan CEO telah diambil alih oleh orang kanan Jobs, iaitu bekas Ketua Pegawai Pengurusan atau Chief Operating Officer (COO), Tim Cook...

CEO baru Apple, Tim Cook


Steve Jobs bersama beberapa lagi rakannya telah menubuhkan syarikat Apple nie pada 1 April 1976 di Cupertino, California, di mana pada awal penubuhannya, syarikat ini dinamakan sebagai Apple Computer Inc. Arah tuju asal Apple Computer adalah untuk menghasilkan produk-produk komputer peribadi dan selepas 30 tahun penubuhan Apple Computer Inc., pada 9 Januari 2007 Steve Jobs telah mengambil keputusan untuk membuang perkataan "Computer" dari nama syarikat, dan menamakan syarikat itu sebagai Apple Inc. Ini sejajar dengan usaha Jobs untuk mengembangkan lagi bisnes nya kepada barangan elektronik.



Komputer keluaran pertama Apple!


Setakat September 2011, syarikat Apple Inc. ini adalah merupakan syarikat terbesar di dunia yang didagangkan di pasaran saham berdasarkan modal pasaran (market capitalization) syarikat dan juga merupakan syarikat teknologi yang terbesar di dunia berdasarkan hasil pendapatan (revenue) dan keuntungan (profit) syarikat. Dasyat Apple ni. Pekerja dia tak lebih dari 50,000 orang seluruh dunia. Tapi revenue dan profit, besar sungguh... Ni semua adalah hasil kerja keras Steve Jobs dan beberapa lagi rakannya. Idea mereka sangat kreatif dan boleh dikatakan pemikiran mereka nie, adalah 5 tahun ke hadapan berbanding orang biasa. 


Banner Majlis "Let's talk iPhone" yang dijadualkan pada 4 Oct 2011, 10:00am CST


Dalam kurang dari 24 jam dari sekarang, atau pada pukul 12 tengahari 5 Oktober waktu Malaysia, Apple akan mengumumkan iPhone terbarunya, tetapi kali ini tanpa "orang kuat" Apple, iaitu Steve Jobs. Pada 2004, Jobs telah mengesahkan kepada semua pekerjanya bahawa beliau menghadapi barah tumor di pankreas nya. Pada April 2009, Jobs telah menjalani pemindahan hati di mana pada ketika itu, Jobs telah mengambil cuti rehat selama 6 bulan bermula Januari hingga Jun 2009. Setahun setengah selepas pemindahan hati tue, pada 17 Januari 2011, Apple telah mengesahkan bahawa Steve Jobs telah mengambil cuti rehat tanpa memberitahu berapa lamakah tempoh cuti rehat beliau. Dan akhirnya, pada 24 Ogos 2011, Steve Jobs telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan beliau sebagai CEO Apple dengan memberi penjelasan bahawa beliau tidak lagi berupaya menjalankan tugas sebagai CEO Apple. Ni semua adalah disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan beliau di mana, ramai orang berpendapat bahawa kesihatan Jobs semakin merosot akibat dari kanser tumor yang dihadapi beliau.


Berita Steve Jobs meletakkan jawatan tu telah mengejutkan seluruh dunia kerana semua orang tahu, pada setiap tahun dalam bulan September atau Oktober, Jobs pasti akan membuat pengumuman tentang keluaran terbaru iPhone. Jadi, kurang sebulan dari pengumuman tersebut, bila orang kuat dah letak jawatan, semua berasa sedih dan mula tak yakin dengan syarikat Apple ni. Apa pun, tahniah kepada Tim Cook kerana beliau berjaya juga mengesahkan bahawa akan ada keluaran terbaru iPhone pada 4 Oktober nie. :)


Ada beberapa laman web menyiarkan gambar terbaru Steve Jobs, yang nampak terlalu kurus dan tak sihat. Kesian, tapi apa boleh buat. Semuanya dah ditentukan. Bayangkan, betapa kaya seseorang itu, tapi dengan kuasa Allah, dengan sekelip mata sahaja nikmat kesihatan kita dah ditarik balik. Boleh kah wang dan harta yang banyak tu selamatkan kita? Mari kita sama-sama renungkan...


Keadaan terkini Steve Jobs yang amat menyedihkan. [Sumber: www.tmz.com]




notatangan: Harapan agar Apple akan terus menjadi leader dalam pengeluaran barangan elektronik terutama sekali iPhone dan iPad... :)

0 prihatin: