Sunday, October 09, 2011

[New!] Apple iPhone 4S - The Most Amazing iPhone Yet!

Salam 1Malaysia!


Antara ciri-ciri yang terdapat pada iPhone 4S.


Lame sungguh tak post kat blogger nie! (Padahal, 3 hari jer pun...) Wahh, lame nye... Hehe. Bukan apa, biasa la, busy sikit walaupun hari minggu. Post ni pun sebenarnya dah lama di simpan, cuma tak berkesempatan jer nak publish. Apa-apa pun, kali ni jom kite cerita sikit pasal produk keluaran terbaru Apple, iPhone 4S yang ditunggu-tunggu ramai! Seperti entri aku pada 3 Oktober yang lalu (iPhone 5 atau iPhone 4S?), 4 Oktober adalah hari yang dinanti-nantikan bagi peminat-peminat iPhone ni di mana Apple telah mengumumkan iPhone nya yang terbaru, iaitu iPhone 4S. Maka, dengan itu, tekaan dan jangkaan dan ramalan aku untuk melihat Apple mengeluarkan iPhone 5, tak kesampaian... Apa-apa pun, jom kita bace selanjutnya tentang iPhone 4S ni...


2 warna pilihan & 3 size memory pilihan


iPhone 4S yang diperkenalkan pada 4 Oktober lalu, akan mempunyai 2 warna biasa bagi Apple, iaitu warna putih dan hitam. Tak macam iPhone 4 dulu, Apple hanya keluarkan warna hitam sahaja pada pelancarannya dan beberapa bulan kemudian baru keluarkan warna putih. Size memory juga telah di tambah dari kebiasaan. Sebelum ni, iPhone hanya mempunyai 3 size memory iaitu 8GB, 16GB dan 32GB. Apple hanya mengeluarkan iPhone 4 yang bersize 16GB dan 32GB sahaja. Tapi untuk iPhone 4S kali ni, Apple tambah satu lagi size, bukan 8GB, tapi 64GB! Wowiee, bestnye... Tau kenapa? Firasat aku mengatakan bahawa, disebabkan kualiti gambar dari kamera iPhone 4S ni, iaitu 8MP, maka size setiap gambar yang diambil juga akan bertambah tak seperti iPhone 4 yang dulu. So, kena la ada size memory yang besar, kalau tak, mesti iPhone 4S tue sekejap jer dah penuh memory nya.


Kamera 8MP dan video Full HD 1080p!


Boleh edit gambar on-the-spot!


Seperti yang di cerita pada entri 3 Oktober, iPhone 4S ni, mempunyai reka bentuk yang sama seperti iPhone 4. Perubahan hardware hanya lah pada kamera nya dimana ia menggunakan lens yang lebih besar, dengan kelebihan dapat memberi lebih banyak cahaya supaya gambar lebih terang. Lagi menarik adalah kamera iPhone 4S ni dapat menghasilkan gambar berkualiti 8MP dan ia adalah 60% lebih pixels dari iPhone 4! Wowiee, lepas ni tak perlu bawak digital camera lagi bila pergi jalan-jalan. Hehe. Bagi aku, ini adalah salah satu perubahan yang sangat baik yang dilakukan oleh Apple, sebabnya, kebanyakan handphone touch screen atau handphone canggih sekarang ni, semuanya mempunyai mega-pixel yang tinggi! Walaupun agak lambat bagi Apple untuk keluarkan handphone dengan kebolehan kamera 8MP ni, tapi perlu diingat bahawa kamera iPhone 4 yang hanya mempunyai 5MP, dapat menandingi kebanyakan kamera handphone 8MP! Jadi, kemampuan sehingga 8 MP pada iPhone 4S kali ni, pasti lebih mantap. iPhone 4S juga mempunyai fungsi edit gambar tanpa perlu install software dari App Store! So, lepas snap gambar, boleh terus edit seperti crop, rotate atau membuang "red-eye"!


Cip dual-core A5 yang baru!
Keupayaan grafik 7 kali lebih laju, lebih realistik!


Perubahan ke-2 yang mungkin kebanyakan handphone belum ada adalah chip processor nya. Ia telah di upgrade kepada chip A5, iaitu chip dual core ciptaan Apple. Bagi yang dah ada iPad 2, mungkin mereka dah dapat rasa kelajuan dari chip A5 ni. Dan mungkin juga bagi sesetengah pengguna handphone Android (Samsung atau HTC), mereka dah lebih awal merasa chip dual core pada handphone mereka. Tapi tak per, better late than never kan. Dengan menggunakan dual core, iPhone 4S ni akan jadi lebih laju dari segi performance dan operation. Macam loading application ke, open folder ke. Lebih menarik, ia akan menambahkan kelajuan grafik bila main game, kepada sehingga 7 kali lebih laju dari iPhone 4! Bagi game yang mempunyai tahap keupayaan grafik yang tinggi, grafik game tu akan jadi lebih realistik dengan adanya dual core ni. Walaupun chip dual core ni lebih power, ia tak semestinya perlu menggunakan bateri yang banyak. Malah, ia adalah chip yang power efficient, yang mana akan hanya akan menggunakan kuasa bateri bila ia diperlukan. So, boleh la guna iPhone 4S ni lebih lama walaupun main game selalu sambil baca e-mail!


Intelligent Assistant yang dinamakan sebagai Siri! Hi Siri! 
Antara fungsi yang boleh dilakukan oleh Siri.


Keupayaan terbaru yang dimasukkan ke dalam iPhone 4S ni adalah pembantu bijak atau intelligent assistant. Ia diberi nama, Siri. Siri ni adalah pembantu peribadi bagi pengguna iPhone 4S dimana hanya perlu bercakap dengan iPhone 4S ni untuk gunakan sesuatu fungsi (lihat video demo Siri di bawah entri nie...). Contoh macam kita nak tahu ramalan cuaca sesuatu tempat, nak suruh iPhone set reminder, nak minta iPhone send SMS/e-mail, nak minta direction dalam map dan macam-macam lagi lah! Best ni, tak perlu nak buat tu semua. Hanya cakap je dengan Siri, dan dia akan buat. Hehe. Ada sesetengah pengguna smartphone complain yang teknologi Siri ni, bukan lah ciptaan Apple sendiri. Mereka cakap, dalam smartphone Samsung Galaxy S lagi dah ada teknologi ni yang dipanggil Voice Command. Bosan nya nama yang diberikan oleh Samsung tu. Hehe. Apa-apa pun, tak kisah lah siapa yang cipta, yang penting, kita perlu tengok sejauh mana kebolehan teknologi tu dapat membantu kita dalam kehidupan harian. Contoh kalau kita perlu set reminder atau alarm setiap hari, adakah teknologi Voice Command atau Siri dapat membantu memudahkan perkara tersebut? Sama-sama lah kita tunggu iPhone 4S nanti yer. Hehe.
Video Full HD 1080p
iOS terbaru, iOS 5!


Lain-lain upgrade yang dilakukan oleh Apple adalah seperti keupayaan mengambil video Full HD, iaitu dengan keupayaan 1080p. iPhone 4 hanya mempunyai keupayaan video HD 720p tetapi telah di upgrade kepada Full HD 1080p untuk iPhone 4S. Apple juga akan memperkenalkan OS atau iOS yang terbarunya, iaitu iOS 5! Haa, iOS 5 ni memang menarik. Antaranya, keupayaan menghantar mesej atau chat dengan rakan-rakan anda, dengan menggunakan 3G atau WIFI yang mana setiap mesej dalam chat tersebut, tidak akan di caj pada kredit/bil anda! Fungsi ni, dah lama diwujudkan oleh para developer iPhone ni. Contoh macam application WhatsApp. So, Apple ambil keputusan untuk memperkenalkan iMessage ini dalam iPhone 4S bagi menarik lebih ramai lagi pengguna iPhone. Kekurangannya adalah sama seperti fungsi BlackBerry Messenger (BBM) yang ada pada smartphone Blackberry. Fungsi chat menggunakan iMessage ini hanyalah dapat dilakukan antara pengguna-pengguna iPhone sahaja. Hmm, macam WhatsApp lebih baik dari iMessage ni sebab WhatsApp membenarkan anda chat dengan rakan, tanpa mengirakan smartphone apa yang mereka pakai. Cuma ia perlu di download di App Store (bagi iPhone) dan di Market (bagi Android). Dah download dan install, baru lah boleh gunakannya. Banyak lagi fungsi baru dalam iOS 5 seperti integrasi Twitter di mana pengguna tak perlu install Twitter, Apple dah siap buat build-in dalam iPhone 4S ni. Nak backup atau update iPhone pun, dah tak perlu gunakan iTunes. Hanya online menggunakan WiFi, dah boleh update. So senang nak update di mana-mana.


iCloud


Last sekali aku nak cerita pasal iCloud. iCloud ni memang betul-betul baru diperkenalkan bagi pengguna iPhone yang dah upgrade kepada iOS 4, dengan sekurang-kurangnya mempunyai version 4.3.3. iCloud ni memang banyak memudahkan. Contoh macam aku ada iPhone dan iPad. Bila install apa-apa application dalam iPhone, kalau aku nak install dalam iPad, aku tak perlu dah nak cari kat AppStore. Semua application yang telah di install akan di simpan dalam iCloud ni. Ianya bukan saja simpan rekod application yang di install, malah simpan apa sahaja yang ada pada iPhone dan iPad. Jadi, hanya simpan di salah satu iPhone atau iPad, dan anda boleh gunakan pada kedua-duanya! Memang sangat mudah. Aku sangat suka iCloud ni!
Fasa 1 Pelancaran, 14 Oktober
Fasa 2 Pelancaran, 28 Oktober, Singapura termasuk sekali!
Negara-negara lain termasuk Malaysia, pada penghujung tahun 2011!


Kalau nak cerita, memang tak habis punya. So, kalau nak tau hebat ke tak iPhone 4S ni, yang mana aku rasa ia memang hebat, boleh kita sama-sama beli nanti. Mengikut kenyataan Apple, pelancaran fasa pertama iPhone 4S ni, hanya akan berada di beberapa buah negara besar seperti USA, Australia, Germany, UK dan Jepun. Fasa ke-2 nya pula akan meliputi beberapa puluh negara lain termasuk negara jiran kita, iaitu Singapura. Bagi negara-negara lain yang tidak tersenarai dalam fasa ke-2, ianya akan dilancarkan pada penghujung tahun 2011 ni dan Malaysia merupakan salah sebuah negara tersebut. Hmm, lambat juga kiranya tu. Tapi tak per, jom kita berdoa dan berharap supaya syarikat telekomunikasi negara kita seperti Maxis, Digi dan Celcom akan berjaya membawa masuk iPhone 4S ni, lebih cepat dari yang dijangkakan.


Siri Demo. (Sumber: www.youtube.com)


**Gambar adalah sumber dari www.apple.com dan www.engadget.com.




notatangan: Teknologi begitu pantas, dengar cerita, Samsung nak keluarkan lagi Galaxy S yang baru! Laju betul...

0 prihatin: