Wednesday, October 19, 2011

Peluang Lepak & Menonton Bola Sepak EPL Bersama Perdana Menteri Malaysia!

Salam 1Malaysia bloggers!




Ni adalah entri excited! Hehe. Tengah sibuk study untuk exam Cisco esok, tiba-tiba terbaca Twitter Perdana Menteri kita, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak). Beliau menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menonton perlawanan bola sepak English Premier League (EPL) antara Manchester United menentang Manchester City pada hari Ahad ini! Wowieee... Tak pernah dapat peluang sebegini! Yang buatkan lagi excited, DS Najib sendiri adalah peminat setia Man Utd dan aku jugak peminat setia Man Utd! Cayalah Dato' Seri! Tak sabar nie nak tengok sama-sama dengan DS hari Ahad nanti. Majlis ini dinamakan "Mari Berjumpa, Mari Berhubung: Sunday Night Football @ Seri Perdana".



Sebelum korang dapat peluang untuk menonton dengan DS Najib, korang kena daftar minat (registration of interest) bagi menyertai majlis ini. Maklum lah, DS Najib nak adakan majlis ni di kediaman rasmi Perdana Menteri beliau, iaitu di Seri Perdana. So, kalau majlis ni dibuka tanpa pendaftaran, meletup lah alamatnya kediaman PM kita nanti. Hehe. Lagipun, pendaftaran dia tak susah mana. Korang hanya perlu isi butiran diri peribadi korang sekali dengan alamat rumah, no telefon dan e-mail. Kemudian, korang akan dapat satu e-mail dari Admin website 1Malaysia untuk beritahu yang pendaftaran anda sedang di proses. Tak sampai 5 minit pun pendaftaran tu. Jom ramai-ramai kita daftar (klik sini)! Pendaftaran dibuka sampai hari Khamis (20 Okt) jam 5:00ptg.


Mari Berjumpa, Mari Berhubung: Sunday Night Football @ Seri Perdana
Tarikh: 23 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 8:00pm - 11:00pm
Lokasi: Seri Perdana, Putrajaya
Tarikh Akhir Daftar: 20 Oktober 2011 (Khamis), 5:00pm




DS Najib juga tak sabar nak tunggu hari Ahad ni sebab bukan je ada Man Utd lawan Man City, tapi ada perlawanan akhir Rugby World Cup 2011 antara tuan rumah, New Zealand All Blacks lawan France! Wahh... Banyak nya aktiviti menarik Ahad ni. Tapi paling menarik, adalah lepak-lepak pekena teh tarik sambil layan bola MU lawan MC dengan PM kita! Mana nak carik oiii PM yang nak lepak-lepak dengan peminat bola!! Hehe...


Ok, bagi yang baru dengar tentang majlis "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" ni, aku akan cerita sikit latar belakang nya. Majlis ini adalah salah satu inisiatif Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib sendiri bagi mendekatkan lagi diri beliau dengan rakyat Malaysia. Sambil melayan acara-acara yang dah ditetapkan, DS Najib juga akan berbual dengan rakyat dalam majlis itu, secara tak formal. Kira macam sembang kedai kopi la. Boleh tanya apa saja soalan yang kita nak. Antara majlis yang telah di langsungkan sebelum ni adalah Makan Malam bersama PM. Sebelum ni pun, DS Najib ada jugak luangkan masa beliau untuk menonton perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan Malaysia di Dataran Merdeka. Tapi masa tu, tiada pendaftara sebab di tempat terbuka.


So, jom lah kita sama-sama register dan kalau ada rezeki, dapatlah kita lepak-lepak dengan PM kita sambil tengok bola! Kat bawah ni, aku ada tunjuk secara ringkas langkah-langkah untuk mendaftar...


1) Layari laman web 1Malaysia (www.1malaysia.com.my). Pada banner "Mari Berjumpa, Mari Berhubung", klik pada link "Click here for more information" untuk masuk ke page event tersebut.






2) Dalam page "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" tu, korang akan nampak button merah tertulis "Registration Open". Klik button tue untuk pergi ke registration form.




3) Dalam page registration, korang isi segala butiran peribadi yang diminta sekali dengan alamat, no telefon dan e-mail.




4) Lepas dah selesai isi ruangan yang diperlukan, ada satu button "Submit" di bawah page. Klik button tu dan korang akan dapat page pengesahan dan juga satu e-mail pengesahan akan di hantar pada e-mail korang! Enjoyyy!




Jom korang semua di sanaaa....


notatangan: Excited! Hehe... Harap-harap la kali ni nasib aku baik dijemput untuk join! 

1 prihatin:

NormaLiza Mah said...

thx sbb follow saya.