Monday, October 24, 2011

Real View Dari Seorang Pemandu F1!

Salam 1Malaysia!


Korang semua sihat? Untuk fans Man Utd, mesti la tak berapa sihat kan. Mana tak nye, kena belasah dek Man City semalam. Huhu. Sorry, aku pun die-hard fans Man Utd jugak. Tapi tak per lah, adat permainan. Yang hebat, pasti menang. Dan yang kalah, bukan lah kalah selamanya, kan? :) Ok, kali ni bukan nak story pasal Man Utd (sebab kalau story, tak kan habis punye. hehe), tapi nak share sikit dengan korang semua, pengalaman yang belum pernah antara kita semua rasa. Pernah ke korang rasa pandangan sebenar bila memandu sebuah kereta F1?


Kalau korang pernah tengok siaran langsung perlumbaan Formula 1 kat TV, mesti korang pernah tengok replay dari kamera kereta F1 tu kan. Tapi kamera tue, bukan la sama kedudukan dengan mata pemandu. Dan, belum pernah ada lagi sebelum ni mana-mana pasukan yang cuba untuk bagi pandangan dari mata pemandu tu sendiri, kepada penonton. Untuk pengetahuan korang, dalam sesuatu perlumbaan Formula 1, terdapat 20 buah kamera dari pelbagai sudut yang telah di letakkan samada di sekitar litar perlumbaan, atau pun pada kereta F1 itu sendiri.


Tapi, video yang aku nak share dengan korang ni, adalah video yang pertama yang menunjukkan apakah pandangan sebenar seseorang pemandu F1 tu. Video ni telah dihasilkan oleh satu pasukan semasa mencuba tayar baru, Pirelli, pada sebuah kereta F1 Toyota. Ujian ini telah diadakan di litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol dan pemandu kereta F1 tue adalah Lucas di Grassi. Beliau telah meletakkan sebuah minicam pada cermin helmet beliau. Walaupun ia dipanggil minicam, tapi minicam tu mengambil separuh dari cermin pada helmet tersebut. So, Lucas memandu kereta F1 tu, hanya dengan sebelah mata jer! Fuhh, nasib baik la hanya ujian tayar. Kalau race sebenar, macam mana la agaknya keadaan dia dengan memandu sebelah mata.


Saksikan video di bawah ni. Menarik! Belum pernah di lihat di mana-mana!


(Sumber: TopGear UK, www.topgear.com/uk)


notatangan: Macam best jer duduk dalam kereta F1 tue. Bunyi dia nyaring... Hehe. :)

1 comment:

thehootingmind said...

hello fellow blogger :)