Saturday, May 12, 2012

Super Awesome Surprise!

Hari ni, 12 Mei 2012, aku bagi cuti kat semua orang. Kenapa? Sebab ianya hari Sabtu! Hehe..
Ape sebenarnye yang ade pada 12 Mei ni? Setiap tahun memang 12 Mei sangat meriah. Sebabnya? Ianya adalah hari kelahiran aku! Haha..




Ok, untuk tahun ni, my super-duper-fantastic wife buat surprise, yang aku tak dapat jangkakan! Dah 3 tahun berturut-turut tak dapat teka dengan tepat. Memang awesome sungguh Puan Isteri yang tercinta ni punya plan. Hehe.. Tahun lepas, buat surprise kat RedBox Sunway.. Tahun nie, bertambah terkujat (aka terkejut) aku dibuatnya.


Mula-mula ingat Mdm Wifey nak bawak pergi makan dekat area Gold Coast @ Sepang. Sebab dia bagi hint, suruh bawak kamera untuk snap sunset view. So, biasa la, Gold Coast @ Sepang tu kan memang famous untuk snap gambar view yang menarik. Kali ni dia tak bagi aku drive, dia suruh aku jadi boss duduk sebelah. Hehe..


Drive punya drive, sekali dia masuk exit Putrajaya. "Ok, kat mane pulak la dia nak bawak ni.. PICC ker? Atau food court Putrajaya?" Aku pun tertanya-tanya. Bila dah nampak PICC tue, macam dah agak la dia akan bawak kat PICC. Sebab PICC time tu di sebelah kanan kitorang. Sekali dia masuk kiri. Aik, ada apa kat sebelah kiri ni? Hmm.. Terkujat aku bila tengok ade sebuah bangunan besar meriah tersergam indah bernama Pullman Hotel Putrajaya!


Thanks for the surprise!


Wahhhhh, gile bestttt (dalam hati aku cakap..Hehe..)!!! Di situlah tempat Mdm Wifey yang tercinta bawak aku makan malam birthday tu. Fuhhh, view memang terbaik. Makanan dia? Tak payah cakap, memang menikam kalbu!! 




View dari The Village Restaurant @ Pullman


Apa-apa pun, berjuta-juta lemon & tembikai terima kasih kat Mdm Wifey. Memang love you forever lah.. Hehe..


notatangan: Hidup dah kahwin ni lagi best rupanya. Ye la, semuanya halal kan. Hehehe..

No comments: