Monday, July 01, 2013

Premium Cornflakes sedap!

Salam semua,

Lama dah aku tak update blog ni. Maklum la, busy dengan segala benda. :) Entri kali ini, aku nak share dengan korang semua tentang makanan atau biskut kegemaran aku sekeluarga, iaitu biskut cornflakes! Anda mungkin pernah dengar nama biskut cornflakes ni, dan mungkin juga pernah rasa dan buat. Tapi, biskut cornflakes ni ada pelbagai bentuk, warna dan rasa.

Setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, keluarga aku especially mak dan adik aku pasti sibuk buat biskut cornflakes ni. Bukan untuk kami makan sendiri, tapi juga untuk order dari orang ramai. Haa, so serba sikit aku nak promo lah biskut cornflakes resepi khas mak aku ni. Aku panggil dia, Premium Cornflakes.


Kenapa Premium? First sekali, pasti lah disebabkan rasanya. Alhamdulillah, untuk yang pertama kali rasa biskut cornflakes mak aku ni, mereka akan cakap, sedap dan belum pernah rasa cornflakes sesedap ini. :)



Lagi satu, bahan yang mak aku gunakan juga, bukan bahan yang biasa. Contoh, kalau tepung atau gula, mak aku tak guna brand Tesco ke, Jusco ke. Begitu juga dengan cornflakes yang digunakan. Mak aku guna Kellogg's cornflakes. Even dari kebersihan menyediakan biskut ini juga amat di titikberatkan.

Jika ada di antara anda yang berminat nak order, boleh layari blog Premium Cornflakes. Boleh jugak send email kat aku di a.nazim@gmail.com.

No comments: